Wednesday 20 January 2016

Tempat-tempat menarik di Ipoh/ Interesting places in Ipoh

Kali ni saya nak perkenalkan bandar yang saya huni selama 3 tahun iaitu Ipoh, Perak. Bandar Ipoh ni sangat lah unik kerana suasana dia agak berbeza dari Kuantan. First time sampai sini agak pening sebab jalan di pekan kebanyakkan one-way. Dah malas nak cerita panjang nah berikut tempat-tempat best yang boleh dilawati di Ipoh ni:

1) Lost World of Tambun

Tempat ni taman tema yang ada di Tambun. Tak jauh pun dari bandar lebih kurang 15 minit je. Harga tiket masuk pulak bawah RM60 so sediakan duit lah ye.


2) KTM Ipoh

Ni antara tempat syok yang korang boleh pegi pada waktu malam sebab waktu malam ada fountain show dan pelbagai aktiviti seperti rollerblade, busking dan macam-macam lagi. Ipoh ni agak mati sikit waktu malam so agaknya ni jelah tempat depa berkumpul selain di shopping mall.



3) Kafe-kafe hipster

Kat Ipoh ni kafe-kafe hipster banyak sgt. Bila sebut kafe hipster pun korang pun dah tau kan macam mana kafenya. Interior dalam kafe kebanyakan classic. Antara kafe hipster yang boleh korang pergi ialah Burger 8miles, Konda-Kondi, Chekodok Raggae, Plan B, Gasoline Cafe, Karat Cafe dan banyak lagi. Purata harga makan utk seorang mesti atas RM10.


4) Air Terjun Ulu Chepor

Haa air terjun ni agak jauh la dari bandar Ipoh. Nak ke sini anda akan tempuhi Meru Ipoh dan Ipoh Animation Park yang bakal dibuka. Sapa yang nak mandi dan camping, kat sini memang sesuai. Kalau dah sampai sini boleh junggle trekking lagi sampai atas. Sampai atas boleh mandi air.



5) Padang Polo

Padang ni waktu petang memang rancak. Pelbagai jenis orang akan pergi sini tak kira bangsa dan umur. Dah sampai sini anda boleh jogging, futsal, main bola dan macam-macam lagi. Kalau diri tu malas dan ada impian nak gemukkan diri, boleh lah singgah gerai-gerai bergerak kat tepi padang ni. Pelbagai jenis makanan ada dijual macam laksa dan banyak lagi.

Be a traveler/backpacker but not a tourist

What is traveler or backpacker? The definitions can be vary. According to Google, traveler is a person who is traveling or who often travels (obviously and thanks for being captain obvious Mr Google). Tetapi bagi saya maksud travel itu ialah pergi menjelajah di bumi yang tuhan ciptakan ini dengan bajet yang sangat limited. Bagi saya traveler sangat berbeza dengan tourist kerana tourist akan pergi ke sesuatu tempat dengan bajet yang tinggi (sangat tiada thrill).


Saya mula berminat travel ni dalam 2014. Jarak saya travel pada mulanya tak jauh sgt, Kuantan - Ipoh je. Naik bas pun ambik masa dalam 6-8 jam je. Pada mulanya saya akan pusing satu KL sebelum balik Ipoh. Biasalah saya bukan berasal dari kota metropolitan ni dan kalau pegi dengan family mesti akan pergi ke tempat-tempat cliche mcm zoo dan shopping complex. Tempat yang wajib singgah ialah di KLCC utk makan kebab je hahaha. Tiket dari Kuantan ke KL pula berharga kurang dari RM30 so agak affordable la.